SUHAIMI BIN YUSOF , dilahirkan pada 24 Julai 1962 di kampung Ga’al , Pasir Puteh Kelantan. Memulakan alam persekolahan di SK Ga’al , Pasir Puteh. Menyambung pengajian keperingkat Menengah atas di SMK Padang Midin, Kuala Trengganu.
Meneruskan pengajian ke Universiti Teknologi Malaysia dan memperoleh Bsc. Fizik Hons. serta Pendidikan ( 1985). Menyambung pelajaran ke peringkat Sarjana Sains Pentadbiran Pendidikan di Fakulti Sains , Universiti Putra Malaysia(1999). Mengikuti Kursus Kepengetuaan Kebangsaan di IAB dan mendapat Sijil Kepengetuaan Kebangsaan (2000) dan Diploma Pengurusan dan pentadbiran IAB (2000) .
Menjadi Guru Cemerlang DG 48 pada Julai 2000, DG 52 pada Mac 2006 dan Dg 54 Feb 2009. Visi peribadi Menjadi Guru Fizik Berkaliber dan Visi untuk organisasi Menjadikan SMK Machang Pusat Kecemerlangan Fizik dan Misi menyediakan perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran berkualiti secara holistik.
Pengalaman
SMK Bintulu Sarawak 1985-1990
SMK Machang, Kelantan 1990-1995
PPD TM/M/J , Kelantan 1995-2000
Penyelia Petang SMK Dato’ Mahmud Paduka Raja 1, Kelantan Jun-Julai 2000
SMK Machang, sebagai Guru Cemerlang julai 2000 – kini.
Anugerah yang diterima
Mendapat anugerah Melintang DG3 tahun 1993, Mendapat anugerah melintang DG2 pada tahun 2001. Mendapat gred 4 dan 4 PTK4 2003 , mendapat 4 dan 4 PTK5 2007 . Mendapat gelaran Johan Guru Inovasi Individu Peringkat Kelantan (2008) Guru Inovasi Individu Ketiga Peringkat Kebangsaan 2008, Mendapat Tempat kedua Inovasi Peringkat Yayasan TORAY 2008. Menerima Anugerah Darjah Kebesaran Ahli Setia Mahkota Kelantan ( A.S.K ) pada 2010.
Pengalaman Tugas dan Penulisan
Merupakan Juru Latih Exsecutive dan Juru Latih Utama untuk subjek Fizik. Merupakan Juru Latih utama kepada Suruhanjaya Tenaga Nasional. Pernah menulis buku komunikasi berkesan, Modul Pengajaran Fizik, Pernah menulis cerpen dalam koleksi antologi 1 bertajuk manisnya sengsara, antologi 2 bertajuk Delima, antologi 3 bertajuk ke Maqam Inovasi dan refleksi (2010) Serta juga dalam buku strategi pengajaran dan pembelajaran berkesan kertas kerja kit look-play-draw- explain dan Guru Cemerlang adalah Pemimpina Cemerlang (2010).
Pengalaman dalam NGO
Pernah menjawat jawatan YDP majlis guru Cemerlang Kelantan 2001-2006. Timbalan YDP Majlis Guru Cemerlang Malaysia 2001-2006. Menjadi Timbalan YDP PIBG SM Sains Machang 2007 – kini , AJK PIBG SK Hamzah 1 , Machang 2007 – kini, AJK Majlis Muafakat MRSM Kuala Krai 2010 –kini, AJK Majlis Juvana Daerah Machang 2006-kini, AJK Rukun Tetangga Cawangan Belakang Hospital Machang 2005-kini.
Abstrak
Dalam penulisan jika mahu seribu daya ini dipaparkan bagaimana pengalaman penulis mengharungi liku-liku dan cabaran untuk berjaya dalam sesuatu tugas yang diamanahkan . Bagaimana penulis menggabung idea pengurusan dan budaya bertidak yang boleh digunakan dalam masa bekerja. Dalam melaksanakan tugas ,kita mesti mempunyai visi yang jelas . Visi akan memandu kita menuju puncak kejayaan. Budaya mengkaji kekuatan , kelemahan , peluang dan ancaman sangat pentig untuk kita bina strategi yang akan digunakan untuk mecapai kejayaan. Mebina gambaran mental yang jelas tentang tugas yan akan kita laksanakan merupakan teknik yang baik sebelum kita memulakan tugas tersebut. Ancaman dan halangan sentiasa muncul untuk menghalang kejayaan , tetapi kita jangan sesekali cepat menyerah kalah dan berputus asa,anggapkan itu adalah ujian dalam tugas kita. Jika kita berjaya menghadapi ujian tersebut maka kejayaan berada disebalik tabir tersebut. Kajian tentang permasalahan yang timbul dan mencari jalan untuk mengatasi serta sikap gemar melakukan penambahbaikan merupakan kunci kepada peningkatan kejayaan. Sesungguhnya kejayaan tidak ada sempadan. Kita mesti menolak sempadan kejayaan sehingga ke infiniti. Bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan sesuatu program. Terima kasih Ya Allah, Rakan-rakan dan Seluruh Alam sekitar. Tanpa semuanya itu siapalah saya yang kerdil ini.
Terima kasih.
Jika Mahu Seribu Daya
Selamat tinggal bumi Bintulu , daerah sulung tempat aku menimba pengalaman sebagai guru Fizik. Empat tahun empat bulan dari Julai 1985 hingga Disember 1989 cukup untuk mematangkan aku sebagai guru Fizik. Pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang aku timba dari seberang akan aku jadikan senjata untuk meneruskan perjuangan di negeri kelahiranku Kelantan Cik Siti Wan Kembang. Takdir telah mencampakkan aku ke daerah Machang. SMK machang menjadi gelanggang keduaku. Di sini perjuangan aku semakin besar dan mencabar. Masih segar dalam igatanku pada suatu hari bulan januari 1990 PK Hem memangilku ke biliknya.
”Cikgu Mi, ini adalah senarai tugas Kokurikulum yang perlu dijalankan” katanya sambil menghulurkan sehelai kertas.
Aku membaca senarai tugasku dengan tenang, tiba-tiba jangtungku berdegup kencang, mataku tertancap pada beberapa frasa yan sangat asing bagi diriku. Penasihat kelab drama , penasihat kelab puisi sains, jurulatih bola baling dan ketua rumah merah. Apakah aku tersilap baca? Aku menelitinya sekali lagi. Memang sah! Inilah antara tugas-tugas yang terpaksa aku pikul di sini.
” Ini tidak adil , ini kerja zalim, ini penganiayaan!” hati kecilku memberontak. Aku memberanikan diri untuk cuba menolak
” Maafkan saya ,saya ingin serahkan semula tugas-tugas ini untuk PK Hem pertimbangkan semula, terutama kelab drama dan kelab puisi sains. Saya guru Fizik , sebelum ini saya tidak pernah langsung terlibat dengan hal-hal berkaitan dengan drama dan puisi. Saya tidak ada sebarang pengalaman dalam bidang seperti ini, ” PK HEM senyap seketika setelah aku menyerahkan tugas itu untuk difikirkan semula, selepas seketika ia bersuara lagi.
” Cikgu Mi, sebenarnya tidak ada seorang guru pun yang sanggup untuk memerima tugasan ini, oleh kerana itulah saya tugaskan kepada Cikgu Mi dan saya percaya Cikgu Mi mampu dan boleh melakukan tugasan ini dengan jayanya. Terima lah dengan senang hati dan positif. ” Mendengar kata-kata itu hatiku menjadi tenang. Walaupun dengan seribu kepayahan aku terpaksa meredhai demi menjaga hubunganku dengan orang atasaku. Lagipun aku sedar aku orang baru di sini.
Mula berjinak-jinak dengan tugas baru
Seminggu selepas itu , aku telah cuba menyedarkan kepada seluruh diriku , seluruh sel-sel, jantung , hati , dan seluruh hormon-hormon dalam badan ku bahawa aku mempunyai tugas baru yang sangat mencabar dalam kerjayaku sebagai seorang pendidik. Aku telah menanam satu visi besar bahawa aku akan pastikan kelab drama yang aku pimpin hanya seorang diri ini akan menjadi Johan Kebangsaan dan aku sendiri akan menjadi seorang pengarah terbaik drama sekolah pada suatu hari nanti. Akan aku buktikan walaupun aku ini daripada aliran sains dan pengajian fizik tapi aku mampu menguasai bidang kesusasteraan.
Aku mula melakukan operasi minda, aku mula berkira-kira langkah-langkah yangperlu aku ambil untuk melaksanakan tugasku.Perkara pertama ialah memikirkan bagaimana cara untuk membuat skrip drama, menyusun plot-plot dalam drama, menghayati watak dan perwatakan, membayangkan latar cerita , memfokus mesej yang hendak disampaikan, pemilihan karektor dan akhirnya menghasilkan satu pakej drama yang kemas dan berkesan; Semua nya ini bermain dalam kotak fikiranku setiap waktu dan juga di mana-mana tempat. Sesekali aku berkongsi atau bertukar fikiran pemikiran dengan isteriku yang juga seorang guru bahasa Melayu, selain itu aku juga diberi semangat untuk meneruskan kerja dengan tenang dan bersabar. Mujurlah aku mempunyai teman hidup yang boleh membantuku dalam menjalankan tugas tersebut. Pada saat dan detik itu Aku mula membeli buku-buku berkaitan dengan drama dan mula membaca dan menghayati drama yang mana dicipta oleh orang-orang ternama, aku mula belajar menghayati watak-watak dalam drama, aku mula menbayangkan bagaimana drama yang aku baca itu boleh dilakonkan dan dipentaskan. Aku tidak mampu untuk menulis skrip drama pada masa itu, kerana taraf yang sangat tinggi untuk aku menulis skrip drama pada masa itu. Daripada pembacaan skrip drama itu aku terpikat dengan satu drama yang bertajuk Hikmah yang mengesahkan bagaimana seorang pejuang ingin menghapuskan kejahatan dengan cara yang bijaksana dan tidak berlaku sebarang pertumpahan darah. Mengalir air mata ku membaca ceritanya, aku mula merancang untuk menjadikan skrip drama itu semasa pementasan nanti; Tetapi aku tidak tahu cara bagaimana caranya, tapi aku tidak tahu bagaimana caranya. Aku mula mencari rakan-rakan seperjuangan yang berkebolehan dalam drama. Aku memulakan siri pembelajaran dengan seoaran sahabat bernama cikgu Wan Khalid seorang aktivis drama sekolah, beliau adalah seorang guru sastera yang handal. Aku mula berguru dengan beliau mengenai cara-cara untuk melakukan pementasan. Selain itu, aku juga berjumpa dengan Tn. Hj. Ghazali yang juga seorang aktivis drama sekolah yang selalu mendapat Johan Kebangsaan dalam pertandingan drama yang di adakan. Dengan sifat merendah diri dan semangat ingin belajar , aku dibimbing dan diajar oleh beliau tentang drama dan cara pementasan dan selepas itu Aku menjadi semakin yakin dan lebih semangat berkobar-kobar di dalam jiwaku untuk melihat hasil pertandingan dramaku yang pertama.
Setelah meneliti satu persatu isi kandungan drama yang dibaca, maka aku telah nekad untuk mementaskan drama HIKMAH sebagai satu permulaan perjuangan ku dalam bidang drama. Aku telah membaca dan menghayati watak-watak yang terlibat dan aku mula mencari watak-watak yang akan beraksi dalam lakonan tersebut. Aku mula memerhati gerak-geri pelajar yang akan dipilih untuk menjadi pelakon. Selepas memilih pelakon drama, latihan pun bermula. Aku mula memberi arahan dan melatih bagaimana cara menggunakan ruang di atas pentas. Bukan itu sahaja, cara mengeluarkan suara dari dalam perut , ekspresi muka dan penghayatan watak yang perlu ditonjolkan. Segala persiapan pencahayaan, kostium yang diperlukan haruslah sesuai dengan watak yang dipegang. Selain itu kesan bunyi yang bersesuaian harus juga difikirkan . Latihan diadakan siang dan malam terus berlangsung, aku begitu sibuk sekali dengan persiapan tersebut. Walaupun sesibuk mana sekalipun urusan drama, tetapi aku tidak akan sesekali menggunakan waktu persekolahan biasa kerana prinsip aku ialah menang dan menang. Kejayaan dalam subjek fizik adalah keutamaanku, walaupun aku ingin sekali mendapat kejayaan dalam bidang drama yang aku ceburi.
Cabaran pertama
Pada suatu pagi yang hening aku dijemput oleh pengetua kepejabatnya, aku bercandak bahawa pengetua ingin bertanya khabar tentang masalah yang aku hadapi dalam menjayakan drama yang aku bimbing atau memberi nasihat dan kata-kata perangsang untuk aku bekerja lebih keras lagi. Setelah aku duduk di kerusi berhadapan dengannya dia mula bersuara.
” Cikgu Mi, Cikgu Mi boleh melatih pasukan drama tapi... jangan sekali –kali guna wang sekolah. Banyak perkara lain yang lebih penting lagi yang perlu diselesaikan. Saya harap Cikgu fahamlah.” Katanya dengan tegas. Perasaanku berbaur antara marah , sedih ,pilu , kecewa dengan peryataan itu. Aku terdiam seketika , lidahku kelu untuk bekata-kata. Kata-katanya bgitu tajam menusuk jiwaku. Aku cuba mengerti kehendaknya dan aku juga ingin merealisasikan visi besarku.
Sebelum aku keluar, sempat aku berkata ” Insyaallah saya tidak akan menggunakan sebarang kewangan sekolah, malah saya akan gunakan apa yang yang ada di dunia ini untuk menjayakan rancangan saya ini.” Aku terus keluar tanpa menoleh kebelakang. Aku cuba cekalkan hati dan mengganggapkan kepayahan ini adalah suatu yang manis, aku telah dididik oleh Yang Maha Kuasa dari tapak kakiku sebesar dua jari lagi bahawa kemiskinan dan tekanan hidup adalah suat kemanisan dan merupakan kuasa ajaib untuk aku berjuang dalam menghadapi kehidupan. Aku pernah bersumpah dalam hidupku sebelum ini bahawa kemiskinan dan segala halangan tidak akan menjadi faktor untuk aku tewas dalam perjuanganku. Aku sentiasa yakin Allah s.w.t pasti akan sentiasa bersama denganku selagi aku jujur dalam perjuangan ini. Dengan kekuatan jiwaku, aku tabah menghadapi suasana genting itu. Aku menggunakan segala wang yang aku miliki hasil daripada gaji yang aku terima selama bekerja sebagai pendidik. Aku hanya mampu membeli dua lampu spot light dan peralatan suiz, peralatan bunyi seperti radio kaset kepunyaan aku sendiri, serta pekaian dan sebagainya. Aku berjuang dengan penuh keazaman untuk melihat kejayaan. Hari pertandingan bermula, pasukan drama HIKMAH dengan azam yang membara telah dipilih ke pertandigan akhir peringkat negeri Kelantan, Inilah julung-julung kali SMK Machang telah berjaya masuk ke peringkat akhir. Aku amat bersyukur kehadrat Illahi dan aku berasa bangga sekali serta senantiasa memberi perangsang kepada pasukan drama agar melakukan yang terbaik. Sampainya hari pertandinagn akhir , pengetua menawarkan diri untuk hadir bersama, aku bangga dan memberitahu pasukan drama agar mendapat tempar pertama dalam pertandingan tersebut. Malam itu pasukan kami berangkat ke Pasir Mas untuk pertandingan peringkat akhir tersebut, malam itu langit gelap seakan-akan memberi petanda yang buruk kepada kami. Dengan sebuah anak lori bersama perkakasan menuju ke sana malangnya dalam perjalanan itu , hujan turun dengan lebat sekali dengan di selangi dengan petir dan guruh. Kami menganggap ini sebagai ujian dari Yang Maha Esa, dan kami menerima dengan penuh kesabaran. Setibanya disana ada alatan dan perkakasan kami yang rosak dan terpaksa dibaiki. Pakar-pakar elektronik kami bergegas melakukan tugas memperbaikinya .Perlawanan pun bermula. Kami semakin cemas kerana masih ada peralatan yang masih rosak gagal dibaiki. Aku terus memberi perangsang kepada semua anak-anak buahku dan berkat kesabaran mereka , akhirnya segala peralatan yang rosak dapat diperbaiki.
Malam itu kami merasa berdebar sekali menunggu keputusan diumumkan. Lima buah sekolah dengan kehebatan yang tersendiri membuat persembahan pada malam itu, SMK Machang diumumkan untuk menerima hadiah saguhati sahaja dan kami redha menerimanya. Perasaan bangga bercampur duka dengan kegagalan tersebut, aku meredakan perasaan kecewa yang menyeliputi hati pasukan kami, dan mereka akhirnya mereka dapat meneima kenyataan yang pahit itu. Bermula daripada peristiwa itu, aku meningkatkan lebih azam dalam diriku untuk melakukan yang lebih baik pada tahun yang akan datang.
Menerima Cemuhan
Walaupun pasukan drama menerima penghargaan secara kecil-kecil namun tidak kurang juga menerima cemuhan daripada rakan-rakan guru, ada yang berpendapat bahawa pementasan tersebut hanya membuang masa dan ia merupakan kerja sia-sia. Aku menerima rungutan itu dengan penuh tenang dan sabar. Malam pertandingan itu kami sampai ke sekolah pada pukul tiga pagi. Barang-barang pementasan drama diletakkan pada suatu ruang di dewan sekolah. Tidak sempat untuk kami kemas pada malam itu kerana pelajar ingin terus pulang ke rumah kerana hari sudah larut malam. Pada keesokan pagi aku pergi ke sekolah untuk bertugas seperti biasa. Aku terus masuk ke kelas untuk mengajar Fizik , aku tidak akan sekali-kali mebuat kerja-kerja lain pada waktu mengajar. Ini kerana bagi diriku waktu mengajar itu wajib dan tidak boleh ditukar ganti. Dengan tidak disangka-sangka aku dipanggil oleh pengetua, selepas mengajar aku terus ke pejabatnya dan untuk kali ini aku sudah serik untuk menggandaikan butir bicaranya nanti. Aku sekadar bersedia untuk mendengar kata-kata yang keluar dari mulutnya.
Dengan mimik muka yang agak serius beliau bersuara ” Kenapa Cik gu biarkan barang-barang drama bersepah di dewan ? ”
” Saya bercadang nak kemas selepas waktu mengajar nanti . Semalam kami sampai di sekolah pukul tiga pagi cik gu.” Kataku dengan nada yang sebak.
” bagaimana drama sekolah kita nak menang .Pentas kita malap , tidak seperti sekolah-sekolah lain.” Dia menambah seolah-olah ingin terus mendera jiwaku. Itulah kata-kata pengetua kepadaku. Aku mengerti apa yang beliau mahukan. Aku memohon maaf dengan kelemahan yang telah terjadi.
” Saya hanya mampu membeli dua buah mentol ”spot light” sahaja untuk tahun ini . InsyaAllah jika dimurahkan rezeki saya akan belikan lagi dua buah untuk tahun depan semga pentas kita terang seperti sekolah lain.” Aku cuba menyindirnya secara halus . Mendengar kata-kata itu pengetuaku terdiam dan aku meminta maaf sekali lagi sebelum keluar dari pejabatnya. Setelah keluar dari pejabatnya, tanpa aku sedari titisan air mataku keluar membasahi pipiku, mungkin sedih dengan layanan yang diterima, aku tidak faham kenapa manusia lain tidak cuba memahami perjuanganku. Aku terus belajar tentang alam , tentang manusia dan tentang diriku sendiri. Mengingatkan falsafah yang aku amalkan selama ini , tidak ada sebarang halangan yang mampu menghalang aku dari terus maju. Aku sentiasa yakin bpleh dan tidak sekali-kali berputus asa.
Mencuba lagi
Musim pertandingan drama akan tiba lagi, kali ini aku bertambah yakin. Aku menganalisis sebuah sajak bertajuk ”Saat Kematian”, dan dari sajak ini aku cuba bayangkan untuk menjadikan ia sebuah drama dan aku mula membayangkan watak-watak yang terlibat dan bagaimana sajak itu akan diterjemahkan untuk menjadikan ia sebuah skrip. Aku berminat dengan mesej yang hendak disampaikan iaitu bagaimana saat kematian seorang manusia dan apakah perkara yang dibincangkan disaat kematian dan bagaimana harapan seorang yang telah mati terhadap anak-anaknya yang masih hidup. Aku telah menghayatinya dan aku sisipkan ia menjadi sebuah skrip yang menarik dan aku namakannya sebagai ”Jalan pulang”. Seperti tahun yang lalu, aku bersama pelajar-pelajar baru membentuk pasukan drama sekolah dan kali ini aku dibantu oleh pelajar lama yang bersamaku pada tahun lepas. Mereka sanggup balik lewat ke rumah semata-mata untuk bersamaku , membantu ku dalam apa juga keadaan dan bersama-sama berjuang dalam bidang drama. Aku merasa terharu melihat pengorbanan mereka yang ingin melihat kejayaan. Tahun ini aku membeli peralatan yang diperlukan dengan seadanya dengan dengan menggunakan wang gajiku, kerana aku masih ingat larangan yang diberikan oleh pengetua kepadaku pada tahun yang lalu. Nampaknya kelengkapan bertambah baik, aku terus memotivasikan pasukan drama agar mereka sentiasa bersungguh-sungguh berlatih dan berazam untuk berjaya. Sekali lagi pasukan kami berjaya ke pusingan akhir peringkat negeri Kelantan. Kali ini pengetuaku tidak berkesempatan untuk hadir dalam majlis pertandingan tersebut kerana dia mempunyai majlis lain yang lebih bermakna. Seperti biasa pasukan ku meneruskan perjuangan kali ini berlangsung di Sekolah Menengah Sains Machang, dalam pertandingan ini, lima pasukan berentap , dengan mesej yang jelas dan mutu lakonan bertambah baik. SMK Machang telah dinobatkan sebagai Naib Johan Peringkat Negeri Kelantan. Kami meraikan kejayaan seadanya disebuah restoran bersama pasukan drama sekolah. Semangat kami meningkat lagi untuk terus maju walaupun tidak mendapat pengiktirafan yang besar dari pihak sekolah dan warga sekolah. Bukan agenda ku untuk mencari glamor dan bermegah-megah dengan kemenagan tersebut. Pasukan drama sekolah mula digeruni oleh rakan-rakan sekolah yang lain. Nama ku mula disebut-sebut oleh pencinta drama pada masa itu. Seorang pendidik dalam bidang Fizik telah menunjukkan bakat dalam bidang drama.
Membuat penilaian dan penambahbaikkan
Visi besarku belum hampir tercapai, aku semakin ghairah untuk menuju ke arah kejayaan tanpa mempedulikan segala kekurangan dan rintangan yang aku hadapi. Jika kali pertama aku mengambil skrip drama daripada buku koleksi drama tulisan orang ternama dan kali kedua aku menulis skrip daripada sajak yang aku baca tapi kali ini aku telah melakukan satu renungan yang lama, setiap malam aku renungkan satu babak demi satu babak, akhirnya aku rasa aku telah membuat satu renungan tentang isu yang hangat pada tahun 1993 iaitu isu pembuangan bayi. Dalam refleksi yang aku buat iaitu dua remaja yang telah terlanjur mengadakan hubungan haram lantaran terjebak dengan penyalahgunaan dadah telah menghasilkan bayi dan bayi tersebut telah dibuang ditempat pembuangan sampah, dan selepas itu bayi tersebut telah diserang anjing liar, aku telah membayangkan roh bayi muncul untuk menyerang dua remaja yang terlanjur tersebut menyebabkan dua remaja itu berada dalam keadaan tertekan dan saling menyalahkan kepada dadah dan nafsu serakah tetapi akal langsung tidak digunakan. Akhirnya dua remaja tersebut insaf dan ingin bertanggung jawab ke atas anak tersebut tetapi roh anak terus naik ke langit. Refleksi yang aku bayangkan itu diterjemahkan kepada watak-watak tertentu dan berlangsunglah satu pertarungan hebat di atas pentas antara watak roh , dua remaja remaja , dadah, akal dan nafsu. Berakhir dengan keinsafan yang nyata aku namakan drama tersebut sabagai ’visi suci’. Ternyata ’visi suci’ telah menambat hati para hakim pertandingan pada musim tersebut dan ’visi suci’ telah di nobatkan sebagai Juara Negeri Kelantan. Aku begitu gembira begitu juga dengan pelajar-pelajar kelab drama pada masa itu. Pengetua dan seluruh warga sekolah telah memberi pujian dan tahniah. Aku telah memikirkan kekuatan dan kelemahan yang ada dan mula menggunakan segala peluang yang ada dipersekitaran dan cuba sedaya upaya mengelakkan daripada ancaman persekitaran. Sekali lagi pengetua menjemput aku kepejabatnya. Berdebar juga hati, kalau–kalau dicemuh atau dimarahi lagi. Dengan senyum yang manis Pengetua berkata ,” tahniah Cikgu Mi kerana drama kita telah menjadi Johan negeri Kelantan, Cik gu Mi boleh membeli apa saja asalkan tidak menjual sekolah”. Aku seperti bermimpi mendengar kata-kata tersebut. Demi menghormati ketua aku akur sahaja dengan kata-katanya dan mengucapkan terima kasih di atas layanan tersebut.
Aku terus mengadakan latihan pada siang dan malam , kali ini segala kesilapan kecil pun tidak akan aku biarkan berlaku. Pelakon-pelakon berlatih dengan penuh minat dan bermotivasi. Berlansunglah pertandingan akhir di peringkat kebangsaan dimana setiap negeri mempersembahkan kehebatan masing-masing. Aku rasa amat takut dengan kehebatan peserta lain. Aku tahu seluruh warga sekolah telah memberi restu dan semua berdoa supaya peserta sekolah akan menjadi Juara. Aku bersama pelakon-pelakon begitu terperanjat ababila ’Visi Suci’ di nobatkan sebagai Johan Kebangsaan dalam pertandingan drama sekolah-sekolah Malaysia. Diri ku sendiri dinobatkan sebagai Pengarah terbaik pada tahun tersebut. Ya Allah Ya Tuhan ku berkat ketekunan ku kau telah memberi aku sebuah kejayaan yang menyebabkan aku lebih yakin lagi dalam meneruskan perjuanganku dakam bidang pendidikan. Terima kasih Ya Allah , terima kasih semua rakan-rakan dan semua pelajarku. Setelah aku bersabar dan tidak sekali-kali berputus asa serta melakukan inovasi dan penambahbaikan maka kita akan mencapai kejayaan sebagaimana yang kita hajati. Sehingga hari itu semua pelakon-pelakon dan pembantu yang pernah bersama-sama aku telah menjadi kawan. Terima kasih pelajar-pelajar ku kerana telah memberi kerja sama untuk mencipta sebuah kejayaan sebagai nostalgia dalam hidup kita bersama di sebuah organisasi. Terima kasih semuanya. Terima kasih pengetua ku, samada secara positif atau negatif kau telah mengajar aku sebuah kesabaran . Kerja yang aku lakukan bukan untuk ketuaku, aku berkhidmat untuk anak bangsaku dan ikhlas untuk mu Ya Allah.
Penutup
Kepada adik-adik ku dalam bidang pendidikan atau apa bidang sekali pun, dalam perjuagan kita pasti didatangi halangan samada halangan nyata atau maya, kita mesti memberi fokus yang jelas dan teruskan perjuagan tanpa mengambil kira perkara-perkara kecil yang menggangu kejayaan kita. Dalam perjuagan kita mesti sentiasa membuat refleksi dan penambahbaikan dari semasa ke semasa untuk mencapai kejayaan. Kajian Kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman mesti sentiasa dipantau untuk dibuat strategi kearah kejayaan. Bekerja mesti ikhlas kerana Allah dan ingin melihat kejayaan ke atas sasaran kita. Sifat putus asa sekali-kali perlu dihindari. Berkerjasama dengan seluruh rakan akan memberi kejayaan berganda. Bertawakkal kepada Allah setelah berusaha habis-habisan.ingatlah kejayaan tidak ada sempadannya. Setelah berjaya jangan sesekali sombong dan bongkak , ingat segala kerja buat kita mestilah mendapat keredhaan Allah s.w.t. Sekian tema kasih
